Thursday 13 March 2014

PERNIAGAAN KANOPI


GARIS PANDUAN BAGAIMANA MENJADI AHLI PERNIAGAAN YANG BERJAYA DALAM PERNIAGAAN KANOPI



Ramai pengunjung yang begitu berminat untuk menceburi bidang penyewaan kanopi tetapi tiada asas dalam penyelenggaraan perniagaan ini. Di sini kami memberikan sedikit panduan kepada anda yang betul - betul berminat dan komited untuk merebut peluang perniagaan yang sangat berpotensi dan menguntungkan jika dilakukan dengan komited dan bersungguh - sungguh.

Kanopi dan peralatan sangat diperlukan dalam majlis - majlis perkahwinan (dalam dan luar dewan), majlis - majlis keraian yang lainnya seperti ekspo - ekspo, khenduri, hari jadi, perjumpaan, perasmian, lawatan VIP dan sebagainya...

Perniagaan ini sangat menggalakkan dengan permintaan yang sangat tinggi memandangkan kurangnya penawaran perkhidmatan ini. Seringkali terdengar rungutan tiada kanopi untuk disewa tatkala diperlukan.

APAKAH YANG DIPERLUKAN untuk kelengkapan perniagaan ini?

1. MODAL ASAS untuk pembelian kanopi serta peralatan.
Bergantung kepada kemampuan anda, tiada had maksima.
Untuk 5 set lengkap kanopi (20' x 20') memerlukan modal sebanyak RM20,000.00 - RM30,000.00 (termasuk meja, kerusi, alas, sarung, scallop, kipas, lampu dll.