Wednesday 3 September 2014

Panduan : Perbezaan antara Kanopi dan Peralatan yang Rendah Kualiti

Selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog RSK

1. Kualiti dan spesifikasi kanopi dan peralatan yang dibekalkan oleh RSK adalah sangat bertepatan dengan semua tujuan penggunaan seperti penyewaan kanopi dan katering. Ini disebabkan pengalaman serta pengetahuan hasil dari kajian pembangunan yang dijalankan menjadikan produk RSK berkualiti dan tahan lama. Struktur ukuran besi yang sesuai dengan saiz dan kegunaan.

Ada pembuat2 khemah / kanopi lain yang membekalkan kanopi dengan harga murah sedikit dari harga biasa, tetapi menggunakan struktur besi yang lemah, contohnya menggunakan besi sudut tepi yang bulat yang menyukarkan pengguna, besi yang nipis, kanvas yang tiada kualiti, Besi yang mudah berkarat atau galvanized yang nipis dan tidak tahan lama. Mereka sanggup memperdayakan pembeli dengan tawaran harga yang lebih murah sedikit, tetapi menggunakan kualiti bahan yang sangat rendah untuk mengaut keuntunguan yang melampau.

Contoh:
                                             Besi sudut Petak - RSK            Besi sudut yang bulat dan kecil - pembekal lain                       

KLIK SINI untuk lihat spesifikasi penuh Kanopi.
        
Kita boleh bezakan antara keduanya bukan? Besi yang digunakan adalah bulat dan kecil. Bayangkan berapa kos keuntungan dari perbezaan saiz besi yang digunakan. Anda membayar harga yang sama dengan saiz besi besar yang kami gunakan sedangkan besi yang anda dapat adalah kecil dan tidak kukuh. Sepatutnya anda boleh dapat harga yang jauh lebih murah untuk kualiti besi dan struktur yang sebegitu
                     

No comments:

Post a Comment