Saturday 15 February 2014

Monday 10 February 2014

UKURAN KERUSI PLASTIK






UKURAN KERUSI PLASTIK Ukuran kerusi plastik penting untuk menentukan samada sarung kerusi anda sesuai dengan saiz kerusi.

Sunday 9 February 2014

PENGANGKUTAN



RSK Iron Works menyediakan perkhidmatan pengangkutan dari Lembah Kelang ke seluruh Semenanjung   Malaysia. Perkhidmatan kami merangkumi penghantaran barangan menggunakan lori 1 dan 3 Ton                              
Pelanggan yang memerlukan khidmat kami perlu membuat tempahan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal bagi memudahkan kami membuat perancangan perjalanan.

Setiap tempahan perlu menyatakan butir-butir seperti berikut:
1. Lokasi Penghantaran. (Sila berikan alamat yang tepat)
2. Tarikh Penghantaran
3. Jenis barang yang mahu dihantar. (cth: aksesori kanopi dll)


Setelah persetujuan dibuat. Deposit sebanyak 50% perlu dibayar dan bakinya perlu di bayar sebaik penghantaran selamat sampai ke destinasi.

Thursday 6 February 2014

MENGENAI KAMI

RSK merupakan Pembekal dan Pembuat Khemah Canopy.Kami Mempunyai kilang Dan juga kemudahan lengkap untuk memenuhi permintaan pelanggan dalam kuantiti yang banyak.
Sedia menerima sebanyak manapun tempahan khemah,kaki meja,stage,platform,kerusi,sarung kerusi,scallop,skirting dan pelbagai peralatan majlis

Jaminan kualiti daripada kami adalah yang terbaik dan jaminan harga kami adalah yang paling murah di Semenanjung Malaysia. Marketing/Sales agen, broker-broker, kontraktor dan pembekal-pembekal bagi projek-projek supply kerajaan/swasta amat dialu-alukan utk berkerjasama dengan syarikat kami dengan terma-terma tertentu.

Kualiti Besi yang kami gunakan adalah jenis tebal begitu juga dengan kanvas.Kualiti dijamin memuaskan. Kanvas jenis transparent dan berbagai warna turut kami tawarkan dan semuanya dari jenis Korea.

Kelebihan utama kami adalah pada rekacipta kanopi di mana arabian dan piramid berkongsi besi frame yang sama dan ianya boleh ditukar pakai kanvas arabian atau piramid. Penjimatan kepada pelanggan kami adalah pasti dijamin.


Tuesday 4 February 2014

Aksesori Kanopi



UNDERLAYER


SKIRTING


BACKDROP


BANQUET CHAIR


PLASTIC CHAIR


MEJA BULAT


MEJA PETAK


SCALLOP


CHAIR COVER

AKSESORI

Monday 3 February 2014


RSK IRON & CANVAS (M) SDN BHD

Kanvas Transparent kualiti terbaik dari Korea.

Kami hanya menggunakan kanvas yang bermutu tinggi 


Proses pemotongan kanvas


Kanvas Transparent sedang diukur untuk proses pemotongan


Jelas kelihatan kanvas yang berkilat dan licin dengan kualiti yang tinggi.




                                                                                                                         


Pengetahuan asas

RSK Iron & Canvas (M) Sdn Bhd menyediakan kanopi dengan design yang direka khas yang memudahkan pengguna serta menjimatkan masa, ruang dan yang penting sekali wang anda. 

Sebelum membeli dan menggunakan kanopi, sila baca beberapa perkara di bawah ini sehingga habis. Ini penting agar anda lebih faham perkara asas yang perlu diketahui mengenai kanopi.   

        Rajah 1.0 Marquee Tent

           Rajah 2.0 Kanopi Arabian


            
             Rajah 3.0 Kanopi Piramid

RSK Iron & Canvas (M) Sdn Bhd membekalkan kanopi arabian dan piramid yang mempunyai ciri-ciri asas yang kukuh dengan rangka (frame) yang teguh dari besi dengan ketebalan standard 1.6mm. Anda mempunyai 2 pilihan samada yang bercat atau tahan karat (galvanized).

RANGKA BESI (FRAME)

Rajah 4 Rangka besi (frame) sebelum di sapu cat atau melalui proses galvanisasi.

Apa yang membezakan antara rangka bercat dan galvani adalah ketahanan daripada mengalami proses pengoksidaan yang menyebabkan besi tersebut menjadi karat.

Rangka besi (frame) berketebalan 1.6mm digunakan pada kanopi Arabian yang memerlukan ketegangan serta kanopi piramid dan A shape yang digunakan untuk tujuan yang lasak seperti penyewaan atau perlu pembukaan dan pemasangan yang kerap.

Rangka besi (frame) berketebalan 1.2mm hanya digunakan pada kanopi piramid dan A-shape yang dipasang secara kekal atau jarang dibuka dan pasang. Besi jenis ini tidak sesuai untuk kanopi arabian kerana ia mudah bengkok akibat ketegangan yang diperlukan untuk menarik kanvas.

Rangka besi (frame) bergalvani (tahan karat) melalui pemanasan yang tinggi ketika proses galvanisasi. Ini memerlukan besi yang berketebalan 1.6 mm agar tidak membengkok akibat kepanasan yang tinggi ketika proses galvanization dilakukan.

Kos untuk proses Galvanized adalah antara RM250.00 - hingga RM300.00 untuk setiap kanopi bersaiz 20' x 20'


Rajah 5: Besi frame Galvanized (tahan karat)

Rajah 6: Tiang besi kanopi yang bergalvani (tahan karat)

Rangka besi (frame) bercat hanya melalui proses pengecatan pada peringkat akhir pembuatan. Ianya boleh tahan daripada kekaratan sehingga 3 - 4 tahun sebelum memerlukan pengecatan semula. 

Biasanya rangka besi jenis ini sesuai digunakan untuk kanopi yang dipasang secara kekal atau jarang sekali dibuka. 

Rajah 6: Rangka besi (frame) bercat. 
Sebelah kanan adalah besi yang telah 2 - 3 tahun digunakan

Besi rangka (frame) jenis ini kurang sesuai untuk kegunaan penyewaan kecuali bagi mereka yang mempunyai bajet yang rendah. Ini kerana beberapa faktor berikut:-
1. Karat dari besi rangka akan melekat pada kanvas ketika proses pemasangan dan pembukaan mengakibatkan kekotoran yang sukar untuk dicuci.
2. Kekaratan akan berlaku setelah 3 - 4 tahun dan proses pengecatan semula perlu dilakukan yang memakan masa.
3. Kos untuk proses galvani adalah lebih mahal jika menjadikannya tahan karat.
4. Memerlukan masa yang lama untuk proses membaik pulih rangka (frame) yang telah karat dan ini akan menyukarkan jika pada masa yang sama anda mendapat tempahan sewaan kanopi yang banyak.

Rajah8: Tiang besi kanopi yang telah berkarat (4 - 5 tahun)

KANVAS 


Terdapat beberapa jenis kanvas di pasaran. Perbincangan di sini hanya menyentuh kanvas yang digunakan untuk kanopi sahaja. 

Terdapat dua (2) jenis kanvas utama di pasaran yang sesuai untuk digunakan bagi kanopi iaitu buatan Korea dan China:-

Kanvas buatan Korea mempunyai anti-UV yang menghalang dari serapan kepanasan cahaya matahari dan memberikan refleks warna yang menarik. Ciri-cirinya yang berkilat, licin, kuat dan teguh menjadikannya cantik, tidak mudah kotor dan tahan lebih lama. Berketebalan 0.38mm, (250D) menjadikannya kuat dan tahan lasak. lihat spesifikasi kanvas: Klik sini

Kanvas ini adalah yang paling sesuai digunakan untuk tujuan penyewaan kanopi kerana ciri-cirinya yang tersebut di atas.Rajah 10 menunjukkan imej kanvas buatan Korea yang licin dan berkilat. Klik sini untuk lihat kanvas lutsinar (transparent).

Rajah 9. Kanvas Korea yang telah siap dipotong sebelum melalui proses penyambungan 

Rajah 10 : Kanvas Korea yang licin dan berkilat. Warnanya yang kebiru-biruan menunjukkan sifat anti-UVnya yang dapat memantulkan cahaya kepanasan.

Kanvas buatan China berketebalan 0.35mm digunakan untuk tujuan biasa seperti pemasangan kekal atau tempat letak kereta. Berbanding dengan kanvas buatan Korea, ianya agak kesat dan tidak berkilat. Kanvas jenis ini tidak begitu sesuai untuk tujuan penyewaan kecuali bagi mereka yang mempunyai bajet yang rendah. 

Rajah 11: anda mungkin tidak dapat membezakan antara kanvas buatan China dan Korea jika tidak memerhatikan dengan betul2. Ianya agak kesat dan tidak berkilat 

Berhati-hati memilih kanopi: Kebanyakan pelanggan ada yang mengadu kanopi yang mereka beli dari penjual kanopi lain telah rosak akibat hujan lebat. Ini kemungkinan besar disebabkan oleh faktor design struktur kanopi yang lemah yang mengakibatkan air hujan bertakung di bahagian atas kanvas dan akhirnya kanopi runtuh akibat bebanan air hujan yang telalu berat.

Faktor lain adalah disebabkan kanvas yang nipis dan tidak berkualiti serta tidak mampu menampung  tekanan yang ekstrem.



Anda sendiri boleh bezakan dari Rajah 12 dan 13 bagi struktur kanopi yang rendah kualiti dan yang tinggi kualitinya. Pilihan terletak di tangan anda...

Kilang Pembuatan Kanopi dan Kanvas yang mempunyai kapasiti 20 Kanopi sehari. Kilang ini dilengkap dengan mesin dan peralatan yang lengkap bagi menghasilkan Kanopi yang berkualiti tinggi.


Sunday 2 February 2014


GALERI FOTO